Saturday, January 7, 2012

SERAM-SERAM SENGAL! JULIA PERES BERBOGEL DALAM CERITA HANTU!

Kalau tak ada aral melintang pukang, pada Februari ni nanti, filem terbaru lakonan Julia Perez @ Jupe, Rumah Bekas Kuburan akan di tayangkan di seluruh pawangan Indonesia. Kurang lebih sebulan lagi. Tapi belum pun apa-apa, karya seram ni dah mendapat liputan meluas lagi panas!


Julia Perez aka JupeJulia Perez aka Jupe

Masakan tidak, sebab kontroversi tercetus apabila ada di selitkan dengan adegan bogel yang dilakonkan dengan jayanya oleh teraju utamanya ini. Sementelah beberapa foto di sebalik tabir pembikinan filem ni, kini tersebar luas di internet.

Sepertimana filem-filem seram lakonannya sebelum ini, Jupe juga pernah tampil seksi. Misalnya dalam filem terbitan Sentra Film berjudul Arwah Goyang Jupe Dupe (boleh tengok kat Youtube trailernya). Tapi kali ni seksi Jupe tahap berani mati ni!

Dalam filem tersebut ada sebuah adegan, Jupe dilihat sedang melakukan upacara 'mandi kembang'. Dia dengan selamber melucut pakaiannya sampai tubuhnya telanjang bulat.


Biarpun adegan itu memang tidak diambil dari depan, tapi dari belakang dan dari jarak yang cukup jauh. Namun dari segi camera-angle langsung tidak  menghalangi penonton untuk melihat punggung penyanyi-pelakon yang mendapat jolokan simbol seks Asia ini, dalam adegan tersebut.

Tak cukup dengan itu, ada adegan lain pula, di mana Jupe kelihatan seksi di kolam renang dan ada juga adegan Jupe memakaia pakain menjolok mata.Namun timbul persoalan adakah Jupe benar-benar melakonkan adegan-adegan tersebut atau menggunakan tubuh pelakon lain? Hmmm...

Filem terbitan Shanker itu, turut menampilkan pelakon seksi Fifi Buntaran (satu lagi aktres yang suka dedah aurat) dan aktor Toddy Taufan Wahyudi.

Agaknya memang begini cara industri perfileman di sana, nak laku kan filem diorang- kalau genre seram, babak pun biar betul-betul 'seram'. mD

1 comment:

nika~(pencemaran ops) said...

hye.. info2 yg menarik.. can u follow me back ...tenkiu http://hyepolowjer.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENGAL GILER!