Saturday, March 31, 2012
SENGAL SENSASI - NURUL BAKAL KAHWIN TAHUN NI??
Penyanyi berkulit hitam manis, Nurul Wahab telah terlepas kata dalam program bual bicara wanita terbitan TV3, "Wanita Hari Ini" (WHI) bahawa dia sudah mempunyai calon suami dan jika tiada aral melintang, dia akan menamatkan status jandanya tahun ini.
Dalam program tersebut yang sedang membicarakan topik "Fesyen: Koleksi Pengantin" ketika itu, pemilik nama sebenar Nurul Huda Abdul Wahab ini telah terlepas cakap selepas pengacara WHI, Azizah Ariffin dan Fiza Sabjahan bertanya tentang status dirinya.
Akhirnya penyanyi berusia 34 tahun ini mendedahkan bahawa dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga, namun enggan mengulas lanjut tentang bakal suaminya.
"Saya harap semua pihak memahami situasi saya. Saya mohon maaf kepada mereka yang menanti jawapan sahih mengenai status saya sekarang. Apa yang saya boleh kongsikan, saya memang akan berkahwin tahun ini jika tiada aral melintang. Saya akan membuat pengumuman sekita Mei nanti. Oleh itu kita tunggu sajalah," ujarnya ketika ditemu ramai media sejurus selepas rancangan tersebut tamat.
Nurul yang bakal menggunakan khidmat Rizman Ruzaini memberitahu dia berasa teruja untuk bekerjasama dengan pereka fesyen terkenal itu.
"Jika saya berkahwin buat kali kedua nanti, sudah pasti saya akan memilih Rizman Ruzaini kerana kami sudah lama bekerjasama sebelum ini. Selain selesa, saya suka rekaan mereka yang kreatif. Jujurnya, kami masih belum membuat sebarang perbincangan.
Semua persiapan baru hendak dimulakan," jelasnya lagi.
Ditanya tentang perkahwinan impiannya, Nurul memberitahu dia inginkan perkahwinan keduanya ini diadakan secara eksklusif dan dalam suasana penuh romantik. -YE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SENGAL GILER!
-
pagi tadi gua demam -- pening kepala & selsema, badan panas & rasa macam nak pitam. jarang gua kena demam teruk camni!! ata...
-
Apa nak jadi la dengan makhluk dunia hari ini... Depan public pun tak bleh mengawal hawa nafsu! Saksikan gambar2 seterusnya di bawah... ...
-
eerrrr aku kurang paham... korang paham tak ni???
-
Kalau dahulu ketika si seksi Zarina Anjoulie beraksi berani untuk FHM Indonesia dan peminat hiburan di Malaysia melatah, kami faham akan s...
-
sebelum ini kecoh tentang gambar 'daring' pelakon popular, neelofa di ruangan internet... sekarang ni gambar neelofa atas ka...
-
Alahaiii! Apekejadah perangai pompuan-pompuan zaman skang neh...
-
BULAN MENJADI SAKSI PERBUATAN MAKSIAT ......... Kenapa bendera bulan ada di dalam bilik diorang neh. Mereka ni penyokong Bulan ke ....
-
Owhhh sengal giler! Seorang DJ radio bertugas di konti tanpa seurat benang? Benarkah ini LINORA LOW, DJ RedFM? Harap dapat penjelasan dari ...
-
Zarina Anjoulie Lavocah tampil dengan aksi berani dalam FHM Indonesia edisi Oktober 2011. Dalam majalah FHM Girls Indonesia tersebut denga...
-
Foto payudara pelakon Hollywood, Tori Spelling ter'upload' secara tak sengaja oleh suaminya, Dean McDemott di Twitter... Sebenarn...
No comments:
Post a Comment