Sunday, April 1, 2012

SENGAL SENSASI - PELAKON LELAKI DIBELA 'SUGAR DADDY'??


Pelakon yang baru menempa nama dalam industri hiburan tanah air walaupun sudah hampir 6 tahun menceburkan bidang lakonan, Amran Ismail, terkejut apabila namanya dikaitkan dengan tuduhan kononnya dibela oleh seseorang selepas dia dilihat memandu kereta Honda Accord model terbaru dan juga kereta pacuan empat roda Pajero di beberapa tempat penggambaran drama.

Menurut penjelasan Amran, dua buah kereta yang dimaksudkan itu sememangnya miliknya tetapi bukan dia membelinya tetapi ia adalah hadiah pemberian dari emaknya.

"Memang betul saya memandu kereta Honda Accord yang dikatakan pihak tersebut namun kereta itu merupakan pemberian dari emak saya. Tetapi itupun hanya untuk duit pendahuluan manakala ansurannya saya selesaikan menggunakan duit hasil lakonan saya selama ini."

Ujar pelakon yang berusia 27 tahun ini, Pajero yang digunakan merupakan milik keluarganya juga dan akan habis ansuran pada bulan Julai.

"Kereta Pajero yang saya pakai sebelum ini juga merupakan milik ayahnya, Ismail Naim. Dia berikan semasa saya berumur 19 tahun lagi. Sebelum ini, lesen kereta saya pernah digantung akibat masalah salah laku jalan raya. Emak pernah berjanji jika dia mendapat kembali lesen kereta, dia akan hadiahi kereta. Perkara tersebut telah pun ditunaikan,"katanya kepada mStar.

Amran juga menjelaskan dia tidak mahu lagi masyarakat melabel dirinya ditaja atau dibela oleh orang lain kerana perkara tersebut akan mengundang persepsi buruk masyarakat terhadap dia yang baru nak bertapak dalam industri tanah air. Dia tidak mahu keluarganya hilang kepercayaan dek kerana mereka takut saya menceburi bidang yang penuh dengan dugaan.

"Saya sentiasa mendengar nasihat ibu dan bapa saya kerana pada awalnya mereka melarang saya untuk aktif dalam bidang seni. Apabila mereka memberi kepercayaan, saya harus pegang kepercayaan itu. Janganlah buat tuduhan sembarangan,"ujarnya.

Sementara itu, perkembangan terbaru Amran akan menemui peminat di Slot Akasia sudah bermula sejak Selasa yang lalu pada jam 7 petang dari hari Selasa hingga Khamis untuk drama "Cinta Buat Emelda" lakonan bersama Diana Amir dan Almy Nadia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENGAL GILER!