Monday, April 2, 2012

PRODUK SENGAL - JANGAN RISAU LAGI DENGAN 'BUNYI PELIK' DI DALAM TANDAS!!


Jepun memang dikenali sebagai negara yang sering menghasilkan pelbagai produk kreatif untuk kegunaan pengguna.

Walaupun adakalanya produk yang dihasilkan agak ‘pelik’ sifatnya, namun ia ternyata mendapat sambutan yang cukup mengujakan.

Terbaru, negara matahari terbit itu menghasilkan sejenis alat yang boleh ‘melindungi’ rasa malu seseorang pengguna tandas.

Almaklumlah, di tandas ini macam-macam ‘sound effect’ yang terhasil hingga kadang kala ia menimbulkan rasa tidak selesa pengguna tandas yang lain terutamanya di tandas awam.

‘Eco-Otome Toilet Sound Blocker’ merupakan sejenis alat yang menghasilkan bunyi seperti air yang keluar selepas anda menarik ‘flush’ tandas.

Dengan menekan punat pada alat itu, bunyi tersebut akan bergema kira-kira 25 saat.



Jika anda nak cepat, tekan saja punat itu sebanyak dua kali dan bunyi tersebut akan berhenti.

Mungkin alat ini juga mampu untuk menjimatkan air daripada sering digunakan apabila anda menarik ‘flush’ semata-mata untuk untuk ‘cover bunyi yang terhasil daripada aktiviti’ anda di dalam tandas.

Saiznya agak kecil membolehkannya dijadikan rantai kunci dan ianya boleh didapati di Japantrendshop dengan harga US$19. Nak cuba???


-mynewshub
.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENGAL GILER!