Monday, April 2, 2012

YOUTUBE BAWA TUAH... TAPI @SHILAAMZAH BELUM BERSEDIA!


Penyanyi Shila Amzah berkata dia masih belum bersedia untuk mengembangkan kerjaya di pentas antarabangsa walaupun ada menerima pelbagai tawaran daripada pihak luar yang tertarik dengan bakatnya menerusi pautan klip video nyanyiannya di laman You Tube.


Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata pautan pelbagai klip video tersebut sebaliknya bertujuan sebagai medan komunikasi dengan para peminatnya yang berada jauh dari Kuala Lumpur.

“Asalnya, saya memuat naik klip video-klip video itu adalah untuk berkomunikasi dengan para peminat. Saya dapat membaca dan menjawab respons mereka menerusi komen-komen yang ditinggalkan pada laman tersebut.

“Tidak sangka pula, klip video nyanyian saya itu turut mendapat perhatian daripada wakil-wakil syarikat rakaman di luar negara yang menawarkan peluang untuk saya memulakan kerjaya di luar.

“Tetapi, pada waktu ini sejujurnya saya belum bersedia untuk mengembangkan kerjaya ke luar negara, selagi nama saya belum kukuh pada industri muzik sendiri,” katanya kepada mStar Online.

Penulis lagu berusia 22 tahun itu berkata keutamaannya kini adalah untuk melebarkan potensi diri sebagai pengkarya muda menerusi muzik dan personalitinya.

“Peluang untuk menembusi pentas antarabangsa itu akan datang lagi pada masa akan datang jika memang sudah tertulis rezeki saya ke luar.

“Buat masa ini, biarlah saya mengukuhkan diri dan bakat yang ada, selain melonjakkan jenama saya pada khalayak yang lebih luas di Malaysia,” katanya yang pertama kali memuat naik klip video nyanyian lagu Patah Seribu pada Mei 2010. -mStar
.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENGAL GILER!